Bahan Bacaan Bahagian B : Cara Menjaga Kebersihan

Labels: , , , ,


Cara-Cara Menjaga Kebersihan dan keceriaan Sekolah


Pendahuluan : Sekolah -tempat menimba ilmu - kebersihan dan keindahan sekolah mesti dijaga.-terdapat pelbagai cara menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Idea 1 - Mengadakan gotong-royong -membersihkan kawasan sekolah- guru dan PIBG - muafakat mengadakan aktiviti gotong-royong - hari minggu.

Idea 2 - Mengecat semula bangunan - menjadi cantik - menimbulkan rasa sayang murid -terhadap sekolah kerana suasana yang ceria - murid lebih bersemangat untuk belajar.

Idea 3 -Mewujudkan taman bunga mini - kolam ikan - menghidupkan suasana sekolah yang ceria- menjadi tempat murid merehatkan minda - pada masa senggang.

Idea 4 - Mengadakan kempen kebersihan peringkat sekolah - beri ganjaran kepada kelas terbersih-mewujudkan pertandingan kebersihan antara setiap kelas- murid akan berlumba-lumba menjaga kebersihan dan mencantikkan kelas masing-masing.

Penutup- Sekolah ceria -bersih idaman semua murid dan guru -sekolah bersih - menjadikan murid lebih bersemangat untuk menimba ilmu.

Nota : Ayat dan jenis-jenisnya


Ayat dan Jenis-jenisnya

*  Ayat merupakan peringkat yang tertinggi dalam sistem bahasa.
*  Ayat yang lengkap dan sempurna mestilah terdiri daripada subjek dan predikat.
*   Contoh ayat:
     Kami (subjek)
     menonton televisyen (predikat)
     Kami menonton televisyen.
     Rosliza (subjek)
     guru sekolah (predikat)
     Rosliza guru sekolah.
*  Antara jenis-jenis ayat ialah:

Terdapat juga......



Contoh ayat
1. Wah, besarnya rumah itu!
2. Cis, terimalah tikaman ku ini!
3. Aduh, sakitnya kaki aku!
4. Syabas, kamu telah berjaya!
5. Eh, Aziah rupanya!

                       Di samping itu ada juga......



Contoh ayat suruhan.
1. Buang sampah yang bertaburan itu ke dalam tong sampah.
2.  Pergi beratur di sana.
3.  Ambil buku ini dan masukkan ke dalam beg.

Contoh ayat larangan.
1. Jangan bermain di tepi sungai itu kerana airnya deras.
2. Usah kau tanya ke mana aku pergi.

Contoh ayat silaan.
1. Sila datang ke rumah saya pada hari Sabtu ini.
2. Jemput makan hidangan yang disediakan di atas meja itu.

Contoh ayat permintaan.
1. Tolong hantar juadah ini ke rumah Puan Kamariah.
2. Minta tuan-tuan dan puan-puan datang awal kerana taklimat akan dimulakan tepat pada masanya.

     Cuba selesaikan latihan di bawah.
    Tuliskan jenis-jenis ayat bagi setiap ayat di bawah dalam ruangan yang disediakan.
1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. (______)
2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok kelapa. (____________)
3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! (___________)
4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan yang mengerikan itu. (____________)
5. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera. (__________)
6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu. (____________)
7. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap. (_______)
8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! (_________)
9. Usah difikirkan perkara itu lagi. (___________)
10. Murid-murid itu sedang tekun membaca buku di perpustakaan. (___________)

    Adakah anda dapat menjawab semua soalan dengan tepat? Untuk kepastian, sila rujuk jawapan di bawah......
1. Ayat larangan
2. Ayat penyata
3. Ayat seruan
4. Ayat penyata
5. Ayat silaan
6. Ayat suruhan
7. Ayat silaan
8. Ayat seruan
9. Ayat larangan
10. Ayat seruan

     Setakat ini sahaja penerangan tentang ayat untuk kali ini. Jangan lupa....teruskan melayari blog tatabahasa Bahasa Melayu untuk menambahkan pengetahuan anda. Selamat kembali ke sekolah dan apabila berada di sekolah nanti tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan yang paling penting hormati guru anda agar ilmu yang diberikan mendapat keberkatan.......

Nota Tatabahasa : Penanda Wacana

Labels: ,


PENANDA WACANA



* Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.

* Ia menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan.

* Penanda wacana juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baharu. Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian idea.

     Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya. Antaranya ialah:

Contoh ayat:
1. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.

2. Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.

3. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Kamal.

4.   Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.




Contoh ayat:
1.   Saya tidak dapat melihat dengan jelas lebih-lebih lagi pada waktu malam.

2.   Danish suka menonton rancangan dokumentari, tambahan pula yang berkaitan dengan haiwan.

3.   Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagi pun, harganya murah.

4.   Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Malah, perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.



Contoh ayat:
1.  Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sejak itu, dia sering termenung dan kelihatan murung.

2.  Badrul selalu ponteng sekolah. Lantaran itu, ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.  

3.  Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini. Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah.

4.  Peperiksaan UPSR semakin hampir. Justeru, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.

     Demikianlah serba sedikit penerangan tentang penanda wacana yang perlu difahami oleh semua murid. Walaupun tajuk ini agak sukar namun begitu jika kita membuat banyak latihan dan ulangkaji ia akan menjadi lebih mudah. Teruskan membuat latihan untuk memantapkan lagi pemahaman anda tentang penanda wacana.

Nota Tatabahasa : Kata Kerja

Labels: , ,




Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.             Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio.
‑              mendengar ialah kata kerja
                transitif
‑              radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan, memper‑, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.

(a)           Pak Abu menjala ikan.
(b)           Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)           "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)           Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)           Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)            Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.




Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1.             Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.             Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid‑murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


7.3 Kata Kerja Pasif
1.             Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.             Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.             Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku‑. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.             Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau‑. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5              Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di‑. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan