PENANDA
WACANA
*
Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan
yang baik dan teratur.
*
Ia menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang
lain dan suatu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan.
*
Penanda wacana juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baharu.
Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan
menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian idea.
Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya.
Antaranya ialah:
Contoh ayat:
1.
Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada
orang lain.
2.
Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam
pelajaran.
3.
Jalan itu agak sunyi. Walau
bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk
pergi ke banglo Dato' Kamal.
4.
Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.
Contoh ayat:
1.
Saya tidak dapat melihat dengan jelas lebih-lebih lagi pada waktu malam.
2.
Danish suka menonton rancangan dokumentari, tambahan pula yang berkaitan dengan haiwan.
3.
Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis
barang. Lagi
pun, harganya murah.
4.
Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Malah, perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan
negeri.
Contoh ayat:
1.
Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sejak itu, dia sering termenung dan kelihatan murung.
2. Badrul
selalu ponteng sekolah. Lantaran
itu, ibu bapanya telah
dipanggil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
3. Ibu
bapa saya tiada di rumah ketika ini. Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan bermain
di luar rumah.
4.
Peperiksaan UPSR semakin hampir. Justeru, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan
menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.
Demikianlah
serba sedikit penerangan tentang penanda wacana yang perlu difahami oleh semua
murid. Walaupun tajuk ini agak sukar namun begitu jika kita membuat banyak
latihan dan ulangkaji ia akan menjadi lebih mudah. Teruskan membuat latihan
untuk memantapkan lagi pemahaman anda tentang penanda wacana.
0 comments:
Post a Comment