Ciri-ciri Guru Cemerlang

Labels: , , , ,

                              
 Ciri - ciri Guru Cemerlang



Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi kualiti:

Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.





Pengetahuan dan kemahiran:

Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologi maklumat dan komunikasi.

Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.

Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

10 comments:

  1. Unknown said...:

    Blog yang amat ceria dan menarik. Isi kandungannya sesuai dan info yang terkandung di dalammnya amat berguna diterapkan dan diadaptasikan dalam diri seseorang yang bergelar guru.

  1. Unknown said...:

    terima kasih cikgu arif..

  1. CUBA, TRY NAK JADI CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT...MEMANG PAYAH PEKERJAAN CEMERLANG YANG ADIL TU....

  1. Unknown said...:

    blog yang menarik!

  1. Anonymous said...:

    Cantik betul la blog cikgu ni.. Saya suka!!

  1. Unknown said...:

    Guru sahajakah yang perlu cemelang?Bagaimana dengan perkara-perkara lain yang ada dalam sistem pendidikan negara kita sendiri.Fikir-fikirkan wahai guru.Berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi!Ayuhak...

  1. Isi bagus dan menariknya gambar. Thx For Sharing,

  1. Unknown said...:

    Nice blog ! keep it up :)

  1. Unknown said...:

    Cantik dan menarik betul blog hang... dan banyak info..syabas!!!

Post a Comment