Kata aluan

Labels: , , , , , , , , , ,


Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara, 
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara. 

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah saya membina blog yang tidak seberapa ini.  Walaubagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memperbaiki blog ini dari semasa ke semasa.

Blog ini dihasilkan tak lain dan tak bukan adalah untuk perkongsian ilmu Bahasa Melayu dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sama ada di sekolah atau aktiviti-aktiviti luar.

Saya amat-amat berharap agar pelawat-pelawat blog ini dapat memberikan teguran, komen dan pandangan untuk memperbaiki lagi blog sulung saya ini.  Al-maklumlah, saya ibarat budak baru belajar, salah dan silap pasti ada di mana-mana dan pastinya saya mengharapkan komen yang bernas daripada anda semua. InsyaAllah.

Anak raja makan sirih,
Sekian terima kasih :)






7 comments:

  1. Unknown said...:

    tahniah, anda mempunyai blog yang cantik dan berinfo

  1. Unknown said...:

    Pagi-pagi membeli sirih,
    Sirih dimakan berulam pinang;
    Tiada ucapan selain tahniah,
    Wah! cikgu Haruja dah pandai buat blog?

  1. Unknown said...:

    terima kasih kpd yang telah menjadi follwer saya. Lily, saya balas pantun ye..

    Makan siri bersama pegaga,
    Makan bersama Makcik Baya,
    Komen... komen juga,
    Tak sudi ke menjadi follower saya??

  1. Tahniah cikgu! Moga ilmu yang ada dapat dikongsi bersama. Terima kasih.

  1. Unknown said...:

    Cantik dan menarik blog cikgu. Saya dan anak pun tertarik dan puji blog cikgu. Cikgu, usaha lagi.....

  1. Unknown said...:

    Nice blog. Congratulation.

  1. Unknown said...:

    blog cikgu memang menarik perhatian~ thx for sharing~

Post a Comment