NOTA : Bahagian A


TEKNIK MEMBINA AYAT BAHAGIAN A - 
Saya sebenarnya bukan nak bercerita tentang buah salak. Saya hanya nak berkongsi tentang salah satu teknik menjawab soalan penulisan Bahasa Melayu Kertas 2 Bahagian A iaitu bahagian memindahkan maklumat dari gambar.. Teknik ini di namakan sebagai SALAK. Bukan salak  atau menyalak , atau juga bukan sejenis buah yang di namakan buah Salak tu . Ia adalah akronim kepada;
Siapa, Aktiviti, Lokasi,Alat dan keterangan@ SALAK
Teknik ini  di perkenalkan oleh seorang guru yang telah  memenangi pertandingan  inovasi dalam pendidikan. Minta maaf kepada guru tersebut,saya memang terlupa namanya untuk saya beri kredit di sini.  Teknik ini amat sesuai untuk memudahkan murid membina ayat yang gramatis.  Contoh ayat begini
Siapa: Pak Abu -Aktiviti: Sedang memancing Ikan -Lokasi: di tepi sungai- Alat: dengan menggunakan sebatang pancing- Keterangan:pada waktu petang
Jadi ayatnya begini:
Pak Abu sedang memancing ikan di tepi sungai dengan menggunakan sebatang pancing pada waktu  petang.

2 comments:

  1. Setelah membaca teknik membina ayat bahagian A dalam kertas 2 dari blog Cikgu Haruja, barulah saya memahami teknik-teknik yang paling mudah dan mengingat iaitu Siapa, Aktiviti, Lokasi,Alat dan keterangan@ SALAK. Ini dapat membantu saya mengajar anak saya yang akan menduduki UPSR pada tahun 2013 malah juga dapat memanfaatkan anak murid saya. Di sini saya ucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian idea Cikgu Haruja.

  1. Rafidah said...:

    Teknik SALAK telah dicipta oleh En A.Rahman Haron (SK Semenyih, Hulu Langat, Selangor).Beliau dinobatkan Johan Guru Inovatif Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2010.

Post a Comment